Sebuah syarikat Institusi Memandu yang didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat
Malaysia (SSM) pada 4 May 2008. Syarikat ini diberi nama Pusat Memandu Alor
Star Sdn Bhd (PMAS) yang telah dilesenkan oleh Jawatankuasa Perlesenan Institusi Memandu Malaysia
(JKPIM) pada 7 April 2016 menjangkaui zon operasi iaitu di sekitar Daerah Alor Setar bagi membolehkan syarikat ini menjalankan aktiviti Kursus, latihan dan ujian memandu bagi kelas B2 dan D pada mulanya. PMAS telah dibangunkan diatas sebidang tanah sawah seluas 2.3429 hektar bersamaan 1036
meter persegi yang telah memuatkan 1 buah bangunan pejabat, 1 lot
parking awam, 1 buah kantin, 2 buah pondok JPJ, 3 buah pondok penguji, 1 elemen bukit, 8 elemen memarkir sisi, 4 elemen tiga penjuru, 1 elemen selekoh S, 2 elemen selekoh Z dan keseluruhan elemen kelas B2 (Motosikal) bahagian II dan III.
Dengan kekuatan kakitangan seramai 19 orang yang terdiri daripada pengurusan, penceramah, tenaga pengajar, kerani, sokongan am dan 3 buah Pejabat Pendaftaran Calon (PPC) membolehkan PMAS menjalankan Kursus Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP01)
yang pertama pada 23 April 2016 dan bilangan kenderaan latihan sebanyak 9 buah motokar dan 15 buah motosikal. Daripada angka tersebut, kini PMAS mengembangkan komponen-komponen operasi dari masa ke semasa bagi menampung kapasiti pelajar
yang berdaftar.
Sebagai sebuah Institusi Memandu baharu, PMAS bersedia menghadapi persaingan sihat diantara Institusi Memandu sedia ada di daerah ini dan menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan kemudahan kepada pelajar seperti pengangkutan secara percuma berulang alik dari PPC ke tapak latihan dan ujian, kemudahan tambahan masa latihan percuma bagi kelas B2 (motosikal). Selain itu PMAS juga menghidangkan satu jumlah yuran yang tidak membebankan orang awam serta tenaga pengajar yang berdedikasi dan berpengalaman. Sememangnya pemandu bijak adalah bermula dari sini.
Pada hari ini kami telah menawarkan pelbagai kemudahan untuk keselasaan pelanggan ataupun pengunjung yang berkunjung ke Pusat Memandu Alor Star Sdn Bhd. seperti yang dikehendakkan oleh standard kualiti perkhidmatan, Pusat Memandu Alor Star Sdn Bhd telah di diiktiraf mengikut standard ISO 9001 : 2015 pada september 2017.
Jadual Yuran Belajar Memandu
No comments:
Post a Comment